Individu Ditahan Miliki Kulit Harimau Bernilai RM100,000

6 Aug 2022 • 5:28 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pamer kulit harimau di kediaman bawa padah. - Gambar ihsan PERHILITAN

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang individu menyimpan dan mempamer kulit disyaki milik Harimau Malaya di kediamannya membawa padah apabila dia ditahan pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN).

Menurut Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim, kediaman lelaki itu diserbu pihak agensi penguatkuasa berkenaan dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada jam 12.45 tengah hari ini.

Katanya, kulit harimau dianggar bernilai RM100,000 itu, dirampas menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK).

“Siasatan awal mendapati pemiliknya gagal mempamerkan dokumen penyimpanan daripada PERHILITAN bagi menyimpan bahagian hidupan liar terbabit.

“Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti spesies harimau terbabit, selain sumber ia diperoleh,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Jelasnya, suspek berusia 47 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 68(1)(b) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. - Getaran, 6 Ogos 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved