Individu Ini Kongsi Cara Betul Susun Dokumen Untuk Temuduga SPP

Local
22 Oct 2023 • 7:52 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dipanggil temu duga spp, individu ini kongsi cara betul susun sijil

Individu Ini Kongsi Cara Betul Susun Dokumen Untuk Temuduga SPP. Baru-baru ini, satu hantaran menjadi tular di media sosial apabila seorang pengguna TikTok mengambil peluang berkongsi kepada umum tentang cara penyusunan sijil atau dokumen yang betul mengikut ketetapan yang dibuat bagi temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

Bagaimanapun, di bawah merupakan turutan sijil yang betul dan individu perlulah membuat senarai semak itu dalam satu muka surat serta menyediakan ruang tanda, sama ada memiliki sijil tersebut atau tidak, memetik siakapkeli.

image is not available
Individu Ini Kongsi Cara Betul Susun Dokumen Untuk Temuduga SPP. Sumber: siakapkeli

Temuduga Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Slip Panggilan Temuduga)

1. Kad Pengenalan

2. Sijil Kelahiran/Sijil Pendaftaran Kelahiran/Sijil Anak Angkat

3. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional/ Sijil Vokasional Malaysia

4. Diploma Pendidikan

  • i. Sijil diploma pendidikan / diploma pascasiswazah pendidikan / diploma pendidikan lepasan ijazah asal & salinan yang mempunyai Cap Mohor serta tandatangan Naib Canselor dan Pendaftar Universiti atau salah satu darinya
  • ii. Transkrip Penuh Akademik

5. Ijazah Sarjana Muda

  • i. Sijil ijazah sarjana muda asal & salinan yang mempunyai Cap Mohor serta tandatangan Naib Canselor dan Pendaftar Universiti atau salah satu darinya
  • ii. Sekiranya ijazah sarjana muda yang diperoleh dalam bahasa selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, surat terjemahan diperlukan dan hendaklah dibuat oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia atau Pejabat Kedutaan Malaysia di Negara berkenaan atau Jabatan Agama Islam Negeri bagi ijazah sarjana muda dalam Bahasa Arab sahaja
  • iii. Transkrip Penuh Akademik
  • iv. Sijil Muet/ atau setaraf CERF
  • v. Lain-lain sijil kelulusan yang berkaitan (cth: Sijil Tahfiz)

Nota: Bagi calon yang belum memiliki sijil diploma /ijazah sarjana muda disebabkan belum konvokesyen dikehendaki membawa surat senat dan transkrip akhir akademik dari universiti/institusi pengajian tinggi yang mencatatkan status tamat pengajian

6. Pengiktirafan Kelayakan

Calon dimohon untuk mendapatkan status pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau melalui portal di alamat https://www2.mqa.gov.my/mqr/ atau https://www2.mqa.gov.my/mqr/esisraf/

7. Sijil kegiatan ko-kurikulum (tiga (3) aktiviti yang tertinggi dan terkini)

8. CALON DALAM PERKHIDMATAN AWAM (termasuk Guru Interim, Kontrak, Sementara, Ganti, GST dan GSTT)

  • i. Surat kebenaran cuti belajar (jika berkaitan);
  • ii. Laporan Khas Temu Duga*; dan
  • iii. Senarai Tugas dan Ko-Kurikulum.

(Calon dimohon untuk muat naik perkara (ii) dan (iii) di www.spp.gov.my>PERKHIDMATAN>Muat Turun>Borang>Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)

*Laporan Khas Temu Duga hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bersaiz A4 dan di gam.

9. Dokumen Pengesahan Status Orang Kelainan Upaya (OKU) (sekiranya berkaitan)

https://www.tiktok.com/@haziqqhilmi/video/7286362873268374786

Senarai Semak Temuduga

  • Resume
  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Sijil Ijazah Sarjana Muda
  • Transkrip Penuh Ijazah Sarjana Muda
  • Sijil Malaysian University English Test (MUET)
  • Status Pengiktirafan Kelayakan MQA
  • Sijil Kegiatan Ko-kurikulum

Baca juga artikel yang berkaitan:

https://www.iloveborneo.my/bukan-perkara-remeh-ini-antara-sebab-kenapa-sijil-halal-penting-di-kedai-makan/

https://www.iloveborneo.my/sindiket-pemalsuan-sijil-kelahiran-seorang-pegawai-kerajaan-dan-empat-doktor-antara-ditahan-polis/

View Original Article