Individu Ini Tunjuk Cara Simpan Udang Supaya Kekal Segar Dan Tahan Lama

4 Mar 2024 • 10:49 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tips atau cara yang mudah untuk menyimpan udang tahan lama dan kekal ‘fresh’

Individu Ini Tunjuk Cara Simpan Udang Supaya Kekal Segar Dan Tahan Lama. Kesegaran lauk mentah seperti udang, sotong, ketam dan lain-lain lagi pasti menjadi pilihan utama buat penggemar makanan laut.

Menurut siakap keli, kesegaran lauk sangat penting kerana ia mampu meningkatkan selera seseorang apabila menjamunya. Namun, lauk seperti udang dan sotong jika tidak menggunakan teknik yang betul semasa penyimpanannya mampu membuat ia cepat rosak.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian seorang individu di aplikasi TikTok @pakman3590, individu itu memberi tips atau cara bahan utama yang diperlukan hanyalah satu bahan sahaja, iaitu gula.

image is not available
Sumber: tiktok

Letak dalam bekas yang sesuai dan taburkan gula

Dalam pada itu, individu itu menyatakan bahawa anda perlukan bekas yang sesuai untuk menyimpan udang segar. Kemudian, ambil gula dan taburkan kepada udang tadi lalu gaul sehingga rata terkena semua udang.

Difahamkan, bagi sesiapa yang melakukan tips ini, anda perlu untuk membasuh atau siang udang tersebut, memetik tips tersebut menerusi sumber.

“Udang akan sentiasa segar dan mampu tahan lebih lama seperti udang baru,” tulis lelaki itu di dalam video perkongsian di laman TikTok itu.

image is not available
Sumber: tiktok

Netizen turut melakukan cara yang sama

Selain itu, menjengah ke ruangan komen pula, pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. Ada yang menyatakan bahawa mereka turut melakukan perkara yang sama untuk kekalkan udang segar.

“Saya pun buat macam ni masa jual mee bandung,” tulis salah seorang pengguna media sosial  yang mencuba cara yang sama seperti lelaki tersebut.

“Nenek saya pun ajar macam ni untuk simpan udang,” tulis seorang lagi yang bersetuju dengan tips perkongsian itu.

Bahkan, boleh guna air kelapa untuk kekal segar

Bukan itu sahaja, salah seorang netizen turut berkongsi tips yang sama bagi memastikan udang segar tetapi dengan menggunakan air kelapa.

“Bismillah tumpang lalu. Nak kongsi juga macam Pak Man. Saya pernah guna air kelapa tuang atas udang lepastu simpan dalam peti ais,” kongsi netizen tersebut.

Baca juga artikel yang berkaitan: