Individu Islam sertai ritual agama lain: Menteri Agama serah siasatan kepada pihak berkuasa

LocalPolitics
12 Oct 2026 • 9:09 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Siasatan berhubung video tular memaparkan seorang individu beragama Islam dipercayai terlibat dalam ritual keagamaan bukan Islam kini diserahkan kepada pihak berkuasa agama untuk tindakan lanjut.

Perkembangan lanjut akan dimaklumkan kepada orang ramai

Memetik laporan daripada Bernama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hassan menyatakan,  pihak berkuasa agama negeri turut terlibat dalam siasatan bagi mendapatkan maklumat lengkap berhubung perkara berkenaan sebelum perkembangan lanjut dimaklumkan kepada orang ramai.

“Sekarang ini, kami menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa agama dan insya-Allah pihak berkuasa ini akan memaklumkan perkembangan (siasatan) itu,” katanya selepas menghadiri Majlis Ilmu MADANI bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.

Dalam pada itu, Zulkifli memaklumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut meneruskan pemantauan serta meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan isu berkenaan.

Image from: Individu Islam sertai ritual agama lain: Menteri Agama serah siasatan kepada pihak berkuasa

Sebelum ini, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dilaporkan berkata pihaknya telah menyelaraskan tindakan sewajarnya bersama pihak berkuasa agama Islam negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), mengikut bidang kuasa serta peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Orang ramai diharap memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh sebelum sebarang kesimpulan dibuat berhubung video yang tular itu.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved