Individu ke-14 didakwa anggotai kumpulan jenayah terancang 'Geng Upik'

22 Mar 2024 • 2:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lagi individu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng Upik'. Foto Bernama

KOTA KINABALU - Seorang lagi individu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng Upik'.

Mohd Fikrie Isme, 28, merupakan individu ke-14 didakwa selepas 11 individu termasuk seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ didakwa pada 22 Jan lepas dan dua lagi didakwa pada 1 Mac lepas.

Mohd Fikrie didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang itu di Kota Kinabalu antara 2022 hingga 12 Oktober 2023.

Dia dituduh mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara lima hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Mohd Fikrie yang tidak diwakili peguam, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim.

Tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lina Hanini Ismail memohon kes Mohd Fikrie dipindahkan ke Mahkamah Tinggi bersama 13 tertuduh sebelum ini, dan Noor Hafizah membenarkan permohonan berkenaan.

Kesemua 13 tertuduh itu ialah Rahman Burijin, 44; Jaisalfian Jaineh @ Zaini, 45; Mohd Fauzie Rablin, 33; Shahlan Shah Abdul Samad, 37; Datuk Maslan Sani, 41; Nelson Yen Yee Chung, 46; Mohd Faridzul Asmahadi, 31; Fazrul Bahar, 32; Alkan Abraham, 35; Mazlan Mahmud, 41; Mahathir Jibarail, 49, Norsyafilah Pawawoi, 28 dan Zulkahar Dusing, 29. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved