Individu Kumpulan Darah A, B & O Diminta Segera Tampil – PDN

LocalHealth & Fitness
23 Mar 2025 • 2:16 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Individu Kumpulan Darah A, B & O Diminta Segera Tampil – PDN

Pada 22 Mac lalu, Pusat Darah Negara (PDN) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyeru individu yang mempunyai darah jenis A, B dan O untuk segera tampil menderma darah.

https://www.facebook.com/share/p/18PCtUBWBR/?mibextid=wwXIfr

Namun, memandangkan umat Islam sedang menjalani ibadah puasa, PDN berkongsi beberapa tip penting untuk memastikan pendermaan darah dilakukan secara selamat tanpa menjejaskan kesihatan penderma.

Tip menderma darah di bulan Ramadan

1. Tidur yang mencukupi – Pastikan anda mendapat rehat yang mencukupi sebelum dan selepas menderma darah.

2. Menderma darah sebelum 9 pagi – Penderma darah diminta untuk melewatkan sahur. Disarankan untuk penderma darah tetap sahaja.

3. Hidrasi yang baik – Banyakkan minum air putih sewaktu bersahur dan berbuka. Elakkan aktiviti berat seperti bersukan, dll.

4. Pemakanan yang sihat – Elakkan pengambilan makanan berlemak dan utamakan diet tinggi zat besi.

5. Menderma darah selepas berbuka – Anda boleh ke PDN, Jalan Tun Razak, PDN, Donation Suite Mid Valley Megamall atau kempen derma darah waktu malam.

Dalam pada itu, individu bukan Muslim juga sangat digalakkan tampil menderma bagi membantu memenuhi keperluan bekalan darah yang kritikal sepanjang bulan ini.

Bagi mereka yang berada di sekitar Lembah Klang, maklumat lanjut mengenai jadual terkini lokasi pendermaan darah boleh didapati menerusi laman rasmi PDN di sini.

View Original Article