Individu layak boleh tuntut kredit eBeliaRahmah bernilai RM200 menerusi aplikasi Setel hingga 31 Ogos 2023

26 Jun 2023 • 11:19 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Individu layak boleh tuntut kredit eBeliaRahmah bernilai RM200 menerusi aplikasi Setel hingga 31 Ogos 2023

zulfadli

26/06/2023 - 11:19

KUALA LUMPUR 26 Jun - Penyedia perkhidmatan e-dompet rasmi eBeliaRahmah, Setel menawarkan individu yang layak berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar Malaysia sepenuh masa yang berdaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia untuk memohon dan menerima kredit RM200 secara ‘one-off’ melalui aplikasi itu sehingga 31 Ogos 2023.

Selain itu, peserta dalam program ini boleh bermanfaat daripada ganjaran pulangan tunai yang menarik, e-baucar eksklusif daripada rakan kongsi runcit, dan juga rebut peluang untuk memenangi tiket konsert.

Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Mazlin Erawati Ab Manan berkata, usaha tersebut sebagai menyokong inisiatif kerajaan untuk meringankan beban kewangan dan menggalakkan pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.

"Pengumuman Setel sebagai penyedia perkhidmatan e-dompet eBeliaRahmah telah mencetuskan tahap penglibatan dan galakan yang luar biasa daripada orang ramai.

"Berdasarkan maklum balas yang positif, kami teruja untuk mengumumkan manfaat tambahan yang ditawarkan oleh Setel, selari dengan objektif utama inisiatif ini, untuk memenuhi keperluan harian individu muda sambil memacu perkembangan ekonomi bagi perniagaan tempatan." katanya dalam kenyataan media di sini.

Sementara itu, mereka boleh mendapatkan pulangan tunai tambahan sehingga RM105 dengan berbelanja di 1.6 juta kedai runcit di seluruh negara, di lebih 1,000 stesen Petronas, di cawangan Café Mesra, serta pembelian dalam talian di Petronas Shop, dan promosi selamat datang RM10 untuk semua pengguna baharu.

Selain itu, e-baucar daripada rakan niaga Setel dengan pembelian minimum RM5 di mana-mana kedai yang menerima Setel QR atau DuitNow QR.

image is not available

Setel QR boleh didapati di semua stesen Petronas di seluruh negara. Tebus e-baucar ini dalam bahagian ‘tawaran’ pada tab ‘ganjaran’ di aplikasi Setel untuk pembayaran yang seterusnya.

Peserta juga boleh merebut peluang untuk memenangi sepasang tiket konsert di Singapura untuk 2 belia bertuah yang menuntut dan membelanjakan kredit eBeliaRahmah mereka dengan Setel dari 26 Jun hingga 31 Ogos 2023.

Untuk memohon RM200 kredit e-tunai mulai 26 Jun 2023, belia yang layak perlu memuat turun atau mengemas kini kepada versi terkini aplikasi Setel dan melengkapkan pengesahan akaun melalui e-KYC.

Insentif ini akan dikreditkan ke dompet eBeliaRahmah pengguna dalam aplikasi selepas permohonan berjaya, dan akan dimaklumkan melalui notifikasi semerta dan mesej peti masuk aplikasi.

Insentif ini boleh digunakan untuk pembelian di mana-mana kedai runcit yang menerima kod QR Setel dan DuitNow, dan di stesen Petronas di seluruh negara.

Insentif eBeliaRahmah perlu digunakan sebelum 31 Ogos 2023 dan tidak boleh dipindahkan ke akaun e-dompet lain. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/etunai-rahmah.html. - DagangNews.com