Individu mengenakan pakaian rasmi istiadat ketenteraan dicari polis

LocalPolitics
4 Jan 2025 • 12:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 4 JAN: Polis sedang mengesan beberapa individu yang tular mengenakan pakaian rasmi menyerupai pakaian istiadat ketenteraan ketika menghadiri satu majlis dipercayai anjuran sebuah pertubuhan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata tindakan berkenaan boleh mendatangkan kekeliruan kepada orang ramai dengan memberi anggapan ia bukan satu kesalahan.

“Polis mengesan video terbabit yang berlegar di TikTok semalam pada jam 2.30 petang. Tindakan itu boleh menjurus kepada sabitan undang-undang yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh menerusi talian 03-6156 1222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 140 Kanun Keseksaan, Seksyen 50(3) Akta Pertubuhan 1966 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Berdasarkan Seksyen 140 Kanun Keseksaan, sesiapa yang bukan askar, kelasi atau juruterbang dalam perkhidmatan tentera, memakai pakaian atau membawa apa-apa tanda menyerupai seorang askar, dengan niat menyamar askar boleh dihukum tiga bulan penjara, denda RM1,000 atau kedua-dua jika sabit kesalahan.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved