Individu Minta Rider Jangan Berteduh Sebelah Lori, Elak Bahaya Berlaku

27 Jul 2024 • 1:12 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Penunggang motor ‘duduk’ rapat sebelah lori tipper

Individu Minta Rider Jangan Berteduh Sebelah Lori, Elak Bahaya Berlaku. Baru-baru ini, satu hantaran tular di media sosial mengenai satu kejadian di lampu isyarat di mana seorang penunggang motosikal berhenti terlalu dekat dengan sebuah lori tipper.

Menerusi perkongsian di laman TikTok itu, kelihatan penunggang motosikal tersebut cuba berteduh dari panas terik sambil menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

image is not available
Individu Minta Rider Jangan Berteduh Sebelah Lori, Elak Bahaya Berlaku

Melihat keadaan ini, individu yang memuat naik video tersebut memberi amaran kepada orang ramai, terutamanya penunggang motosikal, supaya tidak berhenti terlalu rapat dengan lori tipper.

Beliau menjelaskan bahawa tindakan sedemikian boleh mendatangkan bahaya. Contohnya, tayar lori mungkin pecah secara tiba-tiba dan mencederakan penunggang motosikal.

Lebih membimbangkan lagi, jika ‘lock’ tipper lori itu rosak, penunggang motosikal mungkin tertimbus dengan muatan berat seperti pasir, tanah atau batu.

Melalui perkongsian ini, individu itu berharap para penunggang motosikal akan lebih berhati-hati dan menjaga keselamatan diri semasa berada di jalan raya.

Baca juga artikel yang berkaitan: