Individu Tanpa SPM Kini Boleh Jadi Guru Memandu Bermula 1 Julai

26 Jun 2024 • 12:37 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Anthony Loke umumkan perubahan syarat SPIM, pengecualian SPM untuk guru memandu

Individu Tanpa SPM Kini Boleh Jadi Guru Memandu Bermula 1 Julai. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu perubahan penting berkenaan syarat untuk menjadi guru memandu di Malaysia. Bermula 1 Julai, individu yang tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dibenarkan memohon untuk menjadi guru sekolah memandu.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memberi kelulusan sementara untuk tempoh enam bulan, sehingga 31 Disember 2024, bagi individu tanpa SPM untuk mendapatkan Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM).

image is not available
Individu Tanpa SPM Kini Boleh Jadi Guru Memandu Bermula 1 Julai

JPJ beri kelulusan sementara, peluang baharu untuk guru sekolah memandu

Keputusan ini dibuat selepas mendapat maklum balas daripada pengusaha sekolah memandu yang menghadapi masalah kekurangan tenaga pengajar.

“Ramai pemandu yang berpengalaman dan berhemah berpotensi menjadi pelatih yang baik, tetapi tidak berpeluang kerana tidak memiliki SPM,” ujarnya menurut laporan.

Usaha mengatasi kekurangan tenaga pengajar memandu

Anthony menjelaskan bahawa satu program khas akan diadakan untuk memberi pengecualian kepada pemohon tanpa SPM supaya mereka boleh mengikuti kursus SPIM dan menjadi pengajar bertauliah.

Sebelum ini, memiliki SPM adalah syarat wajib untuk mendapatkan SPIM. Kerajaan telah menetapkan tempoh kelonggaran selama enam bulan, tetapi tempoh ini mungkin dilanjutkan jika perlu.

Mereka yang tidak mempunyai SPM kini boleh mendaftar untuk SPIM dan perlu mengikuti kursus selama dua minggu untuk mendapatkan sijil pengajar tersebut.

Baca juga artikel yang berkaitan: