Individu tengking, tampar, tarik rambut lelaki di Johor seorang ketua polis balai

13 Jan 2024 • 2:23 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan kejadian individu yang didakwa menengking, menampar dan menarik rambut lelaki di tempat awam di sebuah lokasi di Johor merupakan seorang ketua polis balai.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat ketika dihubungi Scoop hari ini.

Menurut beliau, mangsa bukannya remaja sebaliknya lelaki dewasa dan polis masih menyiasat motif kejadian.

“Ya dia seorang ketua polis balai. Kita masih menyiasat motif sebenar kejadian,” katanya.

Kejadian berkenaan telah dirakamkan dan dimuat naik ke media sosial menerusi klip video berdurasi 37 saat.

Klip video itu turut menamakan balai polis dipercayai di Sri Gading dan nama pegawai yang didakwa terlibat dalam kejadian terbabit.

Dalam klip itu, individu berkenaan jelas bertindak menengking dan menampar mangsa dan tidak diketahui apa yang berlaku sebenarnya. – 13 Januari, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved