
Sekarang memang tengah viral orang meniaga dan cuba untuk membuat Kek Tapak Kuda, ha korang dah pernah cuba belum Kek Tapak Kuda ni?
Terbaharu, tular di media sosial apabila seorang individu berkongsi pembelian Kek Tapak Kudanya yang ‘indah khabar dari rupa’, alamak kenapa tu?
Individu berkenaan berkongsi menerusi aplikasi TikToknya dan meluahkan rasa kecewa apabila inti kek beharga RM18 yang dibelinya tidak seperti yang disangkakan.
Konon teringin kek tapak kuda pastu beli lah yang kinder bueno . harga kemain rm18 tapi isi dalam tu memang betul kinder bueno semata mata. Secalit colat pun takde . Rm18 tu boleh buat makan ayam gepuk tau tak.
Kalau gini baik beli roti gulung pastu letak kinder bueno haku jammed HAHAHAHAH pic.twitter.com/HmGf7m8819
— rissa (@rsrissa_) January 13, 2024
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan rasa terkejut dengan sikap segelintir peniaga yang tidak jujur sewaktu berniaga.



Terdahulu, penyanyi Ariz Lufias memaklumkan pada orang ramai agar tidak membandingkan perniagaan kek tapak kudanya dengan peniaga yang lain di media sosial.
Kredit: TikTok l Platform X
Masa SPM korang jenis study last minit ke study awal? Apa subjek kegemaran korang Cuba share sikit dekat komen. Jom dengar apa pendapat mereka. OMTanyeJe SPM studylastminit subjekfav



