Individu Terpengaruh Dengan Hasutan Kawan Jadi Ejen Takaful, Menyesal Tak Sudah Berhenti Kerja Di Syarikat

22 Jul 2024 • 2:54 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Hmm pernah terfikir tak berapalah gaji sebulan kalau jadi ejen takaful? Sebab baru-baru ni, ada seorang individu menyesal tinggalkan kerja yang selesa demi nak jadi ejen takaful. Pulak dah…

Menerusi laman X, individu ini rasa menyesal sebab terhasut dengan kata-kata rakannya yang menyuruhnya untuk menjadikan kerjaya ejen ini sepenuh masa.

Lagi yang membuatkannya tak keruan apabila sudah tak lagi mampu untuk tanggung komitmen bulanan.

Sudahnya bertahan 2 tahun terus kena terminate.

Dulu aku kerja okay, gaji tinggi, work environment cun.

Tambahnya, sebelum ini, dia pernah mempunyai gaji yang tinggi namun semua tu hilang lepas termakan hasutan kawannya.

Aku minta kerja balik kat tempat kerja lama tak dapat-dapat.

Jenuh tutup lubang, korek lubang nak bayar komitmen.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib individu ini dan ada juga yang berkata kerjaya sebagai ejen insuran ini hanya sesuai untuk dijadikan kerjaya sambilan.

image is not available

Ha kan dah menyesal tak sudah. Tulah orang kata jangan ikutkan sangat kawan tu nanti makan diri. Apapun semoga dapat jumpa pekerjaan yang sesuai lah ye.

image is not available

Jap!