Individu Tuduh Keluarga Farah Lee Berhutang RM130k Minta Maaf, Niat Hanya Mahu Bantu Ayah

5 Jan 2024 • 11:55 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sebelum ini tular di media sosial pendedahan seorang pengguna aplikasi X mendakwa pengacara popular Farah Lee dan keluarga gagal melunaskan hutang arwah bapa berjumlah RM130,000.

Namun, Farah Lee tampil menafikan segala dakwaan yang dibuat individu berkenaan. Pengacara ini juga tak teragak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana reputasinya telah tercalar.

Terbaru, individu itu dan kakaknya membuat satu permohonan maaf secara terbuka kepada Farah Lee serta keluarga.

Dia mengaku memuat naik hantaran dalam keadaan emosi dan menggunakan kata-kata kasar yang mengguris hati.

image is not available

image is not available

image is not available

Namun jelasnya, niatnya baik hanya sekadar mahu membantu bapa. Oleh itu, dia akan menyelesaikan isu ini secara tertutup dan telah menghantar mesej kepada Farah Lee di Instagram.

Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.