Indonesia Bongkar Makmal Mini Syabu, Tiga Diberkas Termasuk Warga Malaysia

22 Jul 2022 • 8:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

JAKARTA, 22 Julai (Bernama) — Badan Narkotik Nasional Indonesia membongkar sebuah makmal mini memproses dadah jenis syabu selepas menahan tiga individu warga tempatan, termasuk seorang warganegara Malaysia di Kepulauan Riau pada Selasa (19 Julai).

Ketua agensi itu Inspektor General Petrus Golose berkata warga Malaysia yang juga bekas anggota polis berpangkat koperal ditahan dalam serbuan di makmal yang beroperasi di rumah sewa di perumahan Sukajadi, Batam.

image is not available
Kredit: Badan Narkotik Nasional Indonesia (BNNI) via Bernama

Dalam satu kenyataan, beliau berkata pihaknya menemui sejumlah bahan bukti termasuk alat memproses, cecair prekusor dan syabu seberat 5.1 kilogram.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan awal mendapati syabu itu telah diproses di Malaysia namun siasatan lanjut akan diteruskan.

“Kalau mereka telah masuk (dan melakukan aktiviti seperti ini) kita bersama-sama harus berwaspada terhadap kegiatan-kegiatan clandestine laboratory (makmal rahsia),” kata Petrus.

Sumber: BERNAMA