Indonesia Dakwa Banjir Di Kalimantan Utara ‘Berpunca’ Dari Malaysia

4 Oct 2023 • 4:55 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Selepas menafikan isu jerebu, Indonesia dakwa banjir di Kalimantan ‘kiriman’ dari Malaysia pula

Indonesia Dakwa Banjir Di Kalimantan Utara, ‘Berpunca’ Dari Malaysia. Akhir-akhir ini, kecoh mengenai kebakaran besar yang berlaku di selatan Sumatera dan Kalimantan telah menyebabkan jerebu merentasi sempadan, memberikan kesan kepada kualiti udara di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan Barat Sarawak.

Menurut sumber, isu tersebut bukanlah sesuatu yang baharu kerana hampir setiap tahun Malaysia terpaksa menerima ‘tempias’ pembakaran hutan yang besar di Indonesia.

image is not available
Sumber: youtube

Bagaimanapun, Indonesia baru-baru ini menafikan pembakaran yang menyebabkan jerebu hadir di Malaysia berpunca dari negara mereka.

Banjir berlaku di Kalimantan, didakwa kiriman dari Malaysia

Dalam pada itu, satu lagi isu apabila agensi Indonesia melaporkan banjir yang berlaku di Kalimantan Utara Indonesia merupakan ‘kiriman’ dari Malaysia.

image is not available
Sumber: youtube

“Selain disebabkan taburan hujan yang tinggi, banjir juga merupakan kiriman dari Malaysia” lapor berita Indonesia tersebut menurut laporan.

Ratusan rumah musnah

Sementara itu, laporan itu turut menyatakan bahawa bencana banjir yang berlaku di Daerah Nunukan, Kalimantan Utara telah menyebabkan ratusan rumah penduduk di 10 kawasan itu musnah.

Bahkan, ASMC juga berkata, stesen kualiti udara di bahagian selatan dan tengah Sumatera serta di Kalimantan Tengah melaporkan tahap tidak sihat.

Baca juga artikel yang berkaitan: