Indonesia Dilanda Gempa Bumi Bermagnitud 5.6, Lebih 162 Nyawa Telah Terkorban

22 Nov 2022 • 4:58 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Gempa bumi berlaku di Cianjur, Jawa Barat, Indonesia dengan magnitud 5.6 telah mengorbankan lebih 162 nyawa

Indonesia Dilanda Gempa Bumi Bermagnitud 5.6, Lebih 162 Nyawa Telah Terkorban. Dalam negara kita tengah kucar-kacir dengan isu politik yang belum menemui titik penamatnya, negara jiran kita, Indonesia telah dilanda musibah yang banyak mengorbankan nyawa penduduknya.

Berlaku di Cianjur, Jawa Barat, Indonesia, gempa bumi yang bermagnitud 5.6 tersebut telah mengakibatkan lebih 162 nyawa penduduk terkorban di kawasan yang terjejas.

image is not available
Indonesia Dilanda Gempa Bumi Bermagnitud 5.6, Lebih 162 Nyawa Telah Terkorban. Sumber gambar: FB Ang How Koo

Banyak bangunan termasuk rumah penduduk runtuh, mangsa juga kebanyakannya kanak-kanak

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.21 petang semalam, menyaksikan banyak bangunan termasuk rumah penduduk sekitar yang telah runtuh dan dipercayai ada mangsa yang tertimbus. Hal ini yang akan menyebabkan angka korban akan terus meningkat.

image is not available
Indonesia Dilanda Gempa Bumi Bermagnitud 5.6, Lebih 162 Nyawa Telah Terkorban. Sumber gambar: FB Ang How Koo

Menurut laporan pegawai tempatan, pusat gempa yang melanda Cianjur ini terletak di 23 kilometer timur laut Sukabume, Wilayah Jawa Barat. Dengan magnitud 5.6, gempa ini juga dilaporkan memiliki kedalaman sebanyak 10 kilometer.

Bukan itu sahaja, Gabenor Jawa Barat yang telah dimaklumkan dengan musibah ini mengumumkan bahawa kebanyakkan korban adalah kanak-kanak dimana mereka kebanyakannya masih berada di sekolah waktu gempa bumi ini berlaku.

image is not available
Sumber gambar: FB Ang How Koo

Seperti yang kita tahu, Indonesia adalah sebuah negara yang berada di Lingkaran Api Pasifik yang sangat aktif. Kedudukan ini juga yang menyebabkan plat-plat tektonik yang berbeza bertemu semasa sendiri dan menghasilkan gempa bumi dan gunung berapi yang berskala agak besar.

Semoga penduduk di kawasan Cianjur, Jawa Barat, Indonesia tabah menghadapi musibah ini. Salam takziah untuk keluarga mangsa yang terkorban.