Indonesia Hampir Dipilih Jadi Lokasi Penggambaran Thunderbolts

LocalMovie
3 May 2025 • 12:05 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Indonesia Hampir Dipilih Jadi Lokasi Penggambaran Thunderbolts

Indonesia hampir dipilih menjadi lokasi penggambaran filem terbaru Marvel Studios, Thunderbolts, lapor media Indonesia.

Pengarah Thunderbolts, Jake Schreier berkata salah satu menara di Indonesia telah dipertimbangkan oleh mereka. Bagaimanapun, menara terbabit kurang tinggi daripada Menara Merdeka 118 di Malaysia.

“Kami sebenarnya akan (hendak melakukan penggambaran di Indonesia). Ada menara yang dipertimbangkan di Indonesia.

“Tetapi sayangnya (menara) Malaysia lebih tinggi sedikit dan kami sangat ingin pergi ke menara tertinggi di dunia,” kata Schreier dalam satu temu bual bersama media Indonesia.

Dalam trailer filem Thunderbolts, watak Yelena Belova yang dilakonkan oleh Florence Pugh dilihat telah melakukan terjunan dari Menara Merdeka 118.

Schreier berkata penggambaran di menara setinggi lebih 2,000 kaki itu sejajar dengan komitmen mereka untuk menjadikan Thunderbolts kelihatan nyata.

“Saya rasa ada komitmen dalam filem ini untuk melakukan sesuatu yang nyata dan memanfaatkan elemen praktikal.

“Kami mempunyai konsep itu, kami boleh melakukannya secara nyata. Ia seperti aksi filem Bond tetapi dalam versi kami yang lebih emosi,” katanya.

Tambahnya lagi, adegan di Menara Merdeka 118 akan menjadi pembuka yang sangat menarik dari keseluruhan filem Thunderbolts.

Dalam temubual itu juga, Shreier memaklumkan visual Menara Merdeka 118 sesuai dengan latar filem itu yang berpusat pada kisah superhero marvel yang gelap.

“Pereka produksi menyukai menara ini dan ia ada kaitan secara estetik dengan filem kami kerana ia gelap, anggun dan minimalis dalam pelbagai cara. Sangat sesuai untuk dipertontonkan dalam filem itu,” ujarnya lagi.

Dia juga bersyukur kerana tiada kejadian berbahaya yang berlaku ketika melakukan aksi terbabit dan semua kru berada dalam keadaan baik.

https://www.instagram.com/reel/DI01UXxTdce/?igsh=MWxucHM5aDJlYXdndg==

Kini mula ditayangkan di pawagam, Thunderbolts menjadi filem ke -36 dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Selain Florence Pugh, filem itu juga turut dibintangi oleh Lewis Pullman, David Harbour, Sebastian Stan, Geraldine Viswanathan, Olga Kurylenko dan ramai lagi.

Sumber: Kumparan