Indonesia Ingin Menghalang PUBG Mobile Selepas Insiden Serangan Di Sekolah

LocalGaming
12 Nov 2025 • 8:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan Indonesia kini sedang mempertimbangkan kekangan ke atas permainan video tertentu seperti PUBG Mobile selepas insiden serangan ke atas sekolah di Jakarta minggu lalu. Dalam serangan tersebut, 96 individu tercedera selepas bom buatan sendiri seorang pelajar berusia 17 tahun meletup berhampiran masjid ketika solat Jumaat.

image is not available

Presiden Prabowo Subianto mengarahkan kabinetnya untuk meneliti langkah-langkah menghalang akses permainan video berunsur ganas sedemikian selepas menerima maklumat terkini tentang siasatan yang dilakukan pihak polis. Indonesia adalah antara negara dengan jumlah pemain PUBG Mobile tertinggi di dunia sejak ia dilancarkan pada tahun 2018.

Permainan dalam genre ini didakwa memaparkan pelbagai jenis senjata dan ia menjadikan keganasan sesuatu yang normal. Selain PUBG Mobile, permua seperti Fornite dan Free Fire turut mungkin dikenakan kekangan yang sama. Bagaimana kekangan ini akan dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa Indonesia masih lagi belum diumumkan.

Tindakan sentak lutut Indonesia ini menyerupai tindakan kerajaan Malaysia yang juga ingin menghalang kandungan tertentu di dalam Roblox disebabkan insiden kanak-kanak menikam adik sendiri kerana marah beberapa minggu lalu dan permainan video dikambing hitamkan selepas ditikam sehingga meninggal dunia di Bandar Utama penghujung Oktober lalu.