Indonesia: Kumpulan penjenayah sasar pesawat ringan, penumpang dan juruterbang selamat

17 Feb 2024 • 4:15 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

JAKARTA - Kesemua sembilan penumpang dan juruterbang pesawat ringan Cessna Grand Caravan terselamat selepas menjadi sasaran Kumpulan Penjenayah Bersenjata di Papua, wilayah paling timur Indonesia.

Kejadian berlaku pukul 8.59 pagi (waktu tempatan) pada Jumaat ketika pesawat itu dalam perjalanan dari Timika ke Beoga.

Juruterbang berjaya mendaratkan pesawat di Beoga, menurut Direktorat Jeneral Pengangkutan Udara Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan.

Ketua Pengarah M. Kristi Endah Murni berkata: "selepas mendarat, juruterbang menemukan kesan tembakan di bahagian pod kargo D di sebelah kanan, menembusi lantai pesawat."

Selepas memastikan keselamatan dan mengesahkan pesawat masih boleh berfungsi, juruterbang memilih untuk menerbangkan pesawat milik PT Asian One Air kembali ke Timika dan kini sedang dinilai untuk proses pembaikan.

Kristi menegaskan bahawa Unit Operasi Lapangan Terbang Wilayah X Merauke bekerjasama rapat dengan tentera, polis dan pihak berkuasa tempatan untuk memantau dan menangani potensi ancaman keselamatan penerbangan.

Kumpulan penjenayah yang terkenal di wilayah itu kini menahan juruterbang warga New Zealand di daerah Nduga.

Juruterbang berkenaan ditahan sejak kumpulan itu membakar pesawat milik Susi Air di Lapangan Terbang Paro di Daerah Nduga pada 7 Feb 2023.

Pihak berkuasa meneruskan usaha membebaskan juruterbang itu dengan mengutamakan rundingan yang diketuai oleh kerajaan wilayah Nduga. - 17 Februari, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved