Indonesia Mula Operasi Ubah Suai Cuaca, Tangani Bencana Banjir

LocalEnvironment
14 Jan 2026 • 10:02 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Indonesia Mula Operasi Ubah Suai Cuaca, Tangani Bencana Banjir

Susulan banjir yang melanda beberapa kawasan di ibu negara, pihak berkuasa Indonesia memulakan operasi pengubahsuaian cuaca bagi mengurangkan risiko bencana hidrometeorologi atau cuaca ekstrem di Jakarta, lapor Detik News.

Ketua Agensi Pengurusan Bencana Jakarta (BPBD), Isnawa Adji, berkata operasi yang dijalankan oleh Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) akan diteruskan selama lima hari akan datang.

Menurut beliau, operasi ini diteruskan berdasarkan ramalan cuaca daripada Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG).

“BPBD boleh meneruskan operasi, tentunya juga berasaskan hasil ramalan dari BMKG,” kata Isnawa.

Sehingga kini, BPBD Jakarta memaklumkan banjir di kebanyakan kawasan di ibu kota mulai surut, manakala hanya enam jalan yang masih dinaiki air pada pagi Selasa.

Sementara itu, Ketua Pusat Data dan Informasi Kebencanaan BPBD DKI Jakarta, Mohamad Yohan menjelaskan bahawa ketinggian air kini berada antara 10 hingga 60 sentimeter.

BACA: “Hadiah Paling Bermakna…” Dr. Akmal Sebak Terima Tawaran Haji
BACA: Tuan Rumah Terkejut Lihat Ular Sawa Panjang ‘Tidur’ Atas Meja Makan
BACA: Pelancong Kongsi Makanan ‘Berbahaya’ Di Malaysia, Ramai Yang Setuju
BACA: Buat Tempahan Sejak 2010, Pemilik Kedai Terima Stok Telefon Nokia ‘Purba’ Pada 2026

Sumber: Detik News

The post Indonesia Mula Operasi Ubah Suai Cuaca, Tangani Bencana Banjir appeared first on Siakap Keli.