Indonesia puji langkah Malaysia haramkan ‘When 1 Was A Kid 3’

1 Oct 2023 • 3:55 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Indonesia memuji langkah kerajaan Malaysia mengharamkan komik bertajuk 'When I Was A Kid 3’ yang mengandungi perkataan menghina pekerja migran Indonesia (PMI) dari negara berkenaan.

Jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Lalu Muhamad Iqbal berkata, tidak kira sama ada istilah itu ditujukan kepada rakyat Indonesia atau tidak, namun istilah yang menyebut perkataan ‘monyet’ adalah perbuatan yang tidak berpendidikan.

“Istilah berkenaan yang merujuk kepada PMI kita,’’ kata Lalu, seperti yang dipetik dalam laporan Antara News.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendirian Indonesia berhubung komik berkenaan.

Buku itu ditulis oleh penulis Malaysia yang kini menetap di Amerika Syarikat, Cheeming Boey, 45, pada 2014.

Beliau kini menetap di Amerika Syarikat ketika menceritakan mengenai zaman kanak-kanaknya.
Kementerian Dalam Negeri telah mengharamkan penjualan buku novel berkenaan dan sekali gus mengarahkan penjualannya dihentikan mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, berkuatkuasa 15 September lalu. – 1 Oktober, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved