Indonesia rugi RM123 bilion akibat kebakaran hutan

WorldEnvironment
22 Nov 2026 • 9:01 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Indonesia rugi RM123 bilion akibat kebakaran hutan

JAKARTA: Indonesia berdepan kerugian ekonomi melebihi AS$30 bilion (RM123.4 bilion) akibat kebakaran hutan dan tanah gambut yang memusnahkan kawasan seluas jutaan hektar sepanjang 2026.

Penulis bersama laporan Pusat Kajian Ekonomi dan Undang-undang (CELIOS), Nailul Huda berkata, kerugian itu merangkumi kerosakan aset fizikal serta gangguan aktiviti ekonomi yang dianggarkan mencecah 340 trilion rupiah (RM76.5 bilion).

Jumlah berkenaan bersamaan kira-kira 2.69 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Indonesia, menurut laporan terbaharu badan penyelidikan yang berpangkalan di Jakarta itu.

Laporan berkenaan turut menganggarkan kos tambahan berkaitan kesihatan akibat jangkitan pernafasan akut yang berpunca daripada kebakaran di pulau Borneo, Sumatera dan Papua boleh mencecah 225 trilion rupiah (RM50.6 bilion).

“Orang ramai turut menanggung kos ekonomi, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung,” kata Pengarah CELIOS itu kelmarin.

Sementara itu, pemantau penyahhutanan Nusantara Atlas melaporkan kebakaran hutan sepanjang 2026 setakat ini memusnahkan kawasan seluas 2.88 juta hektar, iaitu kira-kira 18 kali ganda keluasan London.

Indonesia berdepan kebakaran hutan setiap musim kemarau, namun kebakaran sepanjang 2026 disifatkan lebih buruk berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Penyelidik minggu lalu berkata, fenomena cuaca El Nino yang kuat, perubahan iklim, penyahhutanan serta pengeringan tanah gambut untuk kegiatan perlombongan dan perladangan memburukkan lagi kebakaran sepanjang musim itu.

Kebakaran berkenaan menghasilkan jerebu tebal yang menyebabkan ratusan ribu penduduk Indonesia mengalami masalah kesihatan, selain merebak hingga ke Malaysia dan Singapura.- AFP

 

The post Indonesia rugi RM123 bilion akibat kebakaran hutan appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved