Indonesia Sekat Sementara Akses Grok Susulan Kebimbangan Kandungan Deepfake AI

WorldTechnology
11 Jan 2026 • 10:35 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Indonesia Sekat Sementara Akses Grok Susulan Kebimbangan Kandungan Deepfake AI

JAKARTA, 10 Jan (Bernama) — Indonesia telah menyekat sementara akses kepada Grok berikutan kebimbangan bahawa kandungan pornografi dan “deepfake” yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI) boleh mendatangkan risiko kepada keselamatan awam.

Menteri Komunikasi dan Digital Indonesia, Meutya Hafid berkata langkah itu bertujuan melindungi golongan wanita, kanak-kanak dan orang awam daripada kandungan pornografi palsu yang dihasilkan oleh AI.

Beliau berkata kerajaan menganggap penghasilan “deepfake” seksual tanpa kebenaran sebagai pelanggaran serius terhadap hak asasi manusia, maruah manusia serta keselamatan rakyat dalam ruang digital.

“Kementerian Komunikasi dan Digital juga telah meminta Platform X untuk segera memberikan penjelasan berkaitan impak negatif yang timbul daripada penggunaan Grok,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Grok merupakan sistem AI generatif yang disepadukan dengan platform X, dimiliki dan dibangunkan oleh xAI yang diasaskan oleh Elon Musk pada 2023.

BACA: Pelancong Kongsi Makanan ‘Berbahaya’ Di Malaysia, Ramai Yang Setuju

Sumber: Bernama

The post Indonesia Sekat Sementara Akses Grok Susulan Kebimbangan Kandungan Deepfake AI appeared first on Siakap Keli.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved