Indonesia Tangguh Penghantaran Pasukan Pendamai Ke Gaza

WorldPolitics
17 Mar 2026 • 9:00 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Indonesia Tangguh Penghantaran Pasukan Pendamai Ke Gaza

JAKARTA, 17 Mac (Bernama) -- Indonesia telah menangguhkan rancangannya untuk menghantar pasukan pendamai ke Gaza, menurut Kementerian Luar pada Selasa.

Jurucakap Kementerian Luar, Nabyl A. Mulachela mengesahkan langkah itu sebagai maklum balas kepada laporan mengenai kemungkinan pengerahan tentera antarabangsa di Semenanjung Gaza seawal Mei ini.

Baca juga:

"Kami ingin memaklumkan bahawa penghantaran pasukan pendamai Indonesia ke Gaza kini ditangguhkan dan semua perbincangan berkaitan Lembaga Keamanan (BoP) kekal digantung," katanya menurut Agensi Berita ANTARA pada Selasa.

Sebelum ini, Kementerian Luar pada 6 Mac mengumumkan bahawa Indonesia telah memutuskan untuk menggantung sebarang perbincangan berkaitan BoP susulan peningkatan ketegangan yang melibatkan Iran dan Amerika Syarikat-Israel pada 28 Feb lepas.

Nabyl menegaskan bahawa sebarang potensi penyertaan Indonesia dalam Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF) akan kekal sepenuhnya di bawah kawalan nasional dan mestilah berdasarkan mandat daripada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved