InDrive Kembali Beroperasi Sepenuhnya Di Malaysia – Membolehkan Anda Tawar-Menawar Harga Seru-Pandu

TechnologyDigital
19 Jun 2023 • 12:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

InDrive merupakan salah satu perkhidmatan seru-pandu kenderaan, yang memfokuskan kepada harga dan nilai yang lebih berbaloi – disamping kebolehan berbincang dan tawar-menawar harga yang perlu dibayar seseorang pemandu ke destinasi.

Ia telah beroperasi di Malaysia sejak 2021 yang lepas, namun menghadapi masalah tidak lama selepas itu kerana tidak mempunyai lesen dan sebagainya. Sejak daripada itu, pemasaran dan operasi untuknya seperti telah dihadkan.

image is not available

Namun, kini, InDrive mengumumkan mereka telah menerima lesen yang diperlukan untuk perkhidmatan seru-pandu beroperasi di Malaysia. Lesen telah diterima pada 15 Jun 2023 daripada pihak APAD selepas meneliti pelbagai penawaran pihak InDrive melalui aplikasi mereka.

InDrive juga menyatakan mereka telah mematuhi pelbagai peraturan yang ditetapkan dalam usaha menawarkan pengalaman dan keselamatan terbaik kepada pengguna.

Bagi anda yang sering mendapatkan perkhidmatan seru-pandu, boleh menyemak aplikasi InDrive hari ini, dan membandingkan harganya dalam penggunaan pengangkutan anda.