InDrive sediakan perkhidmatan sewa kereta kepada pemandu e-hailing menerusi kerjasama Flyt

5 Jun 2024 • 4:27 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

InDrive sediakan perkhidmatan sewa kereta kepada pemandu e-hailing menerusi kerjasama Flyt

herman

05/06/2024 - 16:27

KUALA LUMPUR 5 Jun - InDrive menyediakan perkhidmatan sewa kereta kepada pemandu e-hailing yang tidak mempunyai kenderaan sendiri menerusi jalinan kerjasama dengan syarikat Flyt.

Dalam kenyataan hari ini, inDrive berkata, pihaknya juga bekerjasama dengan Flyt untuk meawarkan lesen PSV secara berpusat untuk meningkatkan pematuhan pemandu terhadap peraturan yang dikuatkuasakan kerajaan sejak tahun 2019.

Kata syarikat itu, sebagai rakan kongsi utama inisiatif ini, Flyt akan menyediakan perkhidmatan sewa kereta untuk pemandu baharu inDrive yang memerlukan perkhidmatan tersebut, serta menampilkan inDrive sebagai rakan e-hailing pilihan utama di platform mereka.

"Flyt ditubuhkan pada tahun 2016 apabila terdapat peningkatan keperluan untuk penyelesaian pengangkutan bagi pencari kerja yang ingin membuat e-hailing untuk pendapatan harian mereka.

"Pemandu inDrive juga dapat memanfaatkan skim unik Rent2Own Flyt yang membolehkan pemandu memiliki kereta sewa tanpa komitmen kewangan melalui perjanjian fleksibel dengan melanggan tempoh sewa minimum selama tiga bulan.

"Skim ini sangat bermanfaat untuk kumpulan berpendapatan rendah hingga sederhana yang bekerja dalam ekonomi gig kerana ia memberi lebih banyak peluang pekerjaan bagi mereka yang kurang berkemampuan dari segi kewangan," katanya hari ini.



Pengurus Pembangunan Perniagaan inDrive, P. Govin Kumaar berkata, pihaknya komited untuk memastikan perkhidmatan mematuhi peraturan kerajaan.

image is not available
Long Seh Yung (duduk kiri) menandatagani perjanjian dengan Govin Kumaar A/L Panirsheeluam baru-baru ini.

"Melalui kerjasama dengan Flyt, kami berazam memenuhi keperluan pasaran bagi menyediakan penyelesaian pengangkutan yang fleksibel memudahkan pemandu kami untuk mendapatkan lesen PSV untuk menyewa kereta.

"Kerjasama ini bukan sahaja menggalakkan pematuhan terhadap peraturan kerajaan tetapi juga membantu kami meningkatkan pengambilan pemandu bagi memastikan lebih ramai penumpang mendapat manfaat daripada perkhidmatan kami," jelasnya/.

Pengarah Kewangan Flyt, Long Seh Yung berkata, Skim Rent2Own membolehkan pemandu memiliki kereta melalui tempoh sewa minimum selama tiga bulan tanpa beban kewangan dicipta untuk memperkasakan pemandu e-hailing terutamanya mereka dalam ekonomi gig.

"Kerjasama ini memastikan bahawa pemandu kami mempunyai pilihan yang luas untuk memajukan kerjaya e-panggilan mereka dengan menyediakan alat dan peluang yang diperlukan untuk berjaya dalam industri dinamik ini,” ujarnya.

Flyt telah beroperasi di Pulau Pinang dan Lembah Klang sejak tahun 2019 dan bakal meluaskan operasinya ke Johor Bahru pada tahun 2025.

"Bagi mereka yang berminat, boleh layari laman pendaftaran pemandu inDrive di https://indrive.com/en/driver/ dan daftar untuk lesen PSV. Flyt akan membantu untuk memastikan proses pendaftaran yang lancar dan menawarkan perkhidmatan kereta sewa kepada mereka yang memerlukan kenderaan.

"Flyt juga akan dapat menawarkan pelbagai pilihan pengangkutan kepada pemandu inDrive seperti sedan dan MPV hingga model premium highline, tertakluk kepada ketersediaan. Harga sewaan akan bergantung kepada jumlah perjalanan yang diselesaikan oleh pemandu tersebut," kata kenyataan itu. - DagangNews.com