
Kota Kinabalu: Pertumbuhan pembangunan bakat dalam industri aeroangkasa Sabah memerlukan set kemahiran yang tepat, kata Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Datuk Phoong Jin Zhe.
“Sabah, tanpa kekecualian, bersedia menyahut cabaran dengan memiliki Pusat Latihan Aeroangkasa KKIP (KATC) sebagai satu-satunya Organisasi Latihan Penyelenggaraan Diluluskan yang menjalankan latihan asas di Sabah dan Malaysia Timur,” katanya dalam ucapan yang dibacakan oleh Pegawai Khasnya Henry Sim semasa Karnival Aero KATC 2023 yang julung kali diadakan, di sini, Isnin.
Bertemakan “KATC Merealisasikan Pembangunan Sumber Manusia Aeroangkasa Negara”, karnival aero ini dianjurkan dengan sokongan Kota Kinabalu Industrial Park Sdn Bhd dan Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah.



