

Sektor automotif Malaysia menunjukkan prestasi yang kukuh sepanjang tahun 2024, bukan sahaja kerana peningkatan jualan kenderaan yang ketara, tetapi juga kejayaan pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertama negara, e.MAS 7 oleh Proton, yang menjadi simbol kemajuan negara, sekaligus meningkatkan daya saing sektor automotif di peringkat global.
Trend Positif Jualan Kenderaan

Jualan kenderaan di Malaysia mencatatkan peningkatan sepanjang tahun ini. Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) diunjurkan mencecah 800,000 unit, melepasi sasaran asal sebanyak 740,000 unit. Pertumbuhan ini dipacu oleh:
Pertumbuhan positif ini juga disokong oleh ekonomi domestik yang stabil dan pengurusan pesanan pelanggan yang lebih cekap.
Lonjakan Penerimaan EV

Tahun ini menyaksikan lonjakan signifikan dalam penerimaan kenderaan elektrik di Malaysia. Jualan EV melonjak lebih 112% pada separuh pertama 2024 berbanding tahun sebelumnya dalam tempoh yang sama. Dasar kerajaan seperti pengecualian cukai import dan insentif pemasangan tempatan turut merangsang perkembangan ini.

Stesen pengecas EV di seluruh negara juga terus bertambah, dengan lebih 3,171 stesen telah dipasang setakat September 2024. Sasaran kerajaan adalah untuk mencapai 10,000 stesen menjelang akhir 2025, selaras dengan misi mengurangkan pelepasan karbon.
Cabaran dan Harapan Menjelang 2025

Bagaimanapun, dengan ringgit yang lebih stabil dan peningkatan gaji penjawat awam, sektor ini dijangka terus berkembang.
Sumber: BERNAMA



