Industri kayu kekal salah satu penyumbang utama: Joachim

9 Jan 2023 • 4:19 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Industri perkayuan masih lagi salah satu penyumbang utama kepada ekonomi Sabah, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Beliau berkata jumlah eksport yang dijana dari sektor itu tahun lepas (Januari-Jun) ialah RM587,993,764, dan menambah produk utama yang dieksport termasuk papan lapis, kayu gergaji dan produk berkaitan acuan.

“Ini adalah peningkatan sebanyak 22 peratus dari segi nilai berbanding tempoh sama pada 2021. Dari segi jumlah, terdapat sedikit peningkatan sebanyak 9.42 peratus,” katanya pada Malam Lumber 2023 yang diadakan di sini, Sabtu malam.

Dr Joachim, yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian, berkata Kerajaan Negeri menguruskan hutan negeri secara lestari sejak penubuhan Dasar Pengurusan Hutan Lestari (SFM) pada 1997.

Di samping itu, beliau berkata industri perkayuan di Sabah akan menyaksikan perubahan ketara pada masa hadapan dengan kayu perladangan mengambil alih sebagai sumber utama bahan mentah untuk kedua-dua sektor huluan dan hiliran. Bagi mencapai hasrat tersebut, katanya Kerajaan Negeri melancarkan Pelan Tindakan Pembangunan Ladang Hutan (2022-2036) pada Mac 2022.

“Kerajaan Sabah khususnya Kementerian saya menyokong dasar untuk mewujudkan 400,000 hektar ladang hutan menjelang 2035 sebagai langkah mengurangkan kebergantungan kepada kayu daripada hutan simpan, serta meningkat-kan produktiviti kayu di negeri ini.

“Jabatan Perhutanan juga menganggap adalah penting untuk memastikan terdapat pengurangan dalam jumlah pengeluaran konsesi pembalakan sebagai langkah proaktif dalam mempromosikan pengurusan hutan lestari sebagai pelan jangka panjang,” katanya.

Sejak permulaan inisiatif pemuliharaan, Dr Joachim berkata Kerajaan Negeri mencapai kemajuan yang ketara dalam pemuliharaan hutan.

“Pada ketika ini, Sabah masih mempunyai 64 peratus daripada jumlah tanah yang masih dilitupi hutan. Kita semua harus berbangga dengan warisan ini untuk dilihat dan dinikmati oleh generasi akan datang. Tahniah kepada Jabatan Perhutanan Sabah,” katanya.

Turut hadir, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Dr Roland Chia; Presiden STIA Tan Peng Yuan dan Ketua Konservator Hutan Datuk Frederick Kugan, antara lain.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.