“Industri Muzik Asal Boleh”- Netizen Kritik Nyanyian ‘Live’ Nuha Bahrin Di MeleTOP

Music
13 Jul 2022 • 1:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Meskipun pernah terpalit dengan kecaman netizen tentang nyanyiannya yang dianggap ‘merosakkan lagu’ sekitar 2 tahun lalu, penyanyi Nuha Bahrin tidak patah semangat dan kali ini keluar dengan single terbarunya bertajuk ‘Casablanca’ nyanyian bersama Naufal Azrin yang kini trending di platform media sosial.

Oleh kerana lagu tersebut menjadi fenomena, Nuha dan Naufal dipanggil sebagai tetamu rancangan temubual hiburan ‘MeleTOP‘ untuk ditemu ramah serta mempersembahkan lagu berkenaan.

Mengakui tidak begitu fasih berbahasa Arab, kedua-dua penyanyi tersebut mempunyai minat besar terhadap muzik dari Timur Tengah.

Akan tetapi, nyanyian secara langsung yang dilakukan oleh Nuha lagi sekali diperlekehkan oleh netizen kerana nyanyiannya yang dirasakan kurang menarik.

image is not availableimage is not available

Namun begitu, ada juga yang beranggapan bahawa nyanyian penyanyi wanita berusia 22 tahun itu lebih baik dari sebelumnya walaupun tidak sempurna mungkin kerana disebabkan perasaan gementar ketika melakukan persembahan live.

image is not availableimage is not available

image is not available 2 minggu lalu

"Tak Sesuai Untuk Budak-Budak"- Warganet Rasa Mas Idayu 'Over' Kritik Penyanyi Cilik Sampai Menangis

View Original Article