Industri pembungkusan Malaysia merosot hingga 35% selepas pandemik - MACCMA

LocalBusiness & Finance
22 Nov 2023 • 1:10 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Industri pembungkusan Malaysia merosot hingga 35% selepas pandemik - MACCMA

zulfadli

22/11/2023 - 13:10

KUALA LUMPUR 22 Nov - Industri pembungkusan di Malaysia mencatat penurunan dalam permintaan pengguna sebanyak 30% hingga 35% selepas pandemik COVID-19, menurut Persatuan Pengilang Karton Beralun Malaysia (MACCMA).

Pengerusi MACCMA, Henry Low berkata, permintaan untuk karton beralun mencatat penurunan permintaan berbanding semasa wabak itu.

"Semasa pandemik, permintaan adalah sangat baik kerana syarikat tertentu tidak dapat menjalankan perniagaan mereka tetapi kami dibenarkan untuk memenuhi industri penting seperti industri makanan. Jadi, perniagaan itu sangat bagus.

"Tetapi, selepas wabak itu pasaran menjadi perlahan. Bukan sahaja untuk pasaran Malaysia tetapi pasaran Asia kerana permintaan yang merosot, dolar Amerika Syarikat, dan banyak faktor lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian WEPACK ASEAN 2023 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Reed Exhibitions (RX) Greater China, Josephine Lee.

Low berkata, industri pembungkusan di Malaysia dijangka menyaksikan pertumbuhan positif menjelang akhir tahun ini dan awal 2024, disokong permintaan lebih tinggi di negara ini dan Asia Tenggara.

image is not available
Henry Low

Katanya, permintaan untuk produk pembungkusan menyaksikan aliran meningkat pada November berbanding bulan lepas, selepas mengalami penurunan dalam permintaan selepas wabak.

image is not available

"Ia sepatutnya lebih baik satu atau dua bulan dari sekarang. Selepas Tahun Baru Cina, saya percaya ia akan menjadi lebih baik kerana kuasa membeli lebih tinggi menjelang beberapa perayaan.

image is not available

image is not available

"Orang ramai cenderung membeli lebih banyak semasa perayaan, jadi lebih banyak bahan beralun akan digunakan untuk pembungkusan makanan dan sebagainya," katanya. - DagangNews.com