Infak sebahagian harta cabang utama bawa kedamaian (VIDEO)

23 Mar 2023 • 9:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 23 MAC: Umat Islam yang beriman diseru menginfak sebahagian harta sekali gus membawa kepada kedamaian selain menjaga hubungan sosial sesama masyarakat.

Mengupas ayat tiga surah al-Baqarah yang dibaca Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Ustaz Roslan Mohamed berkata harta milik Allah SWT dan manusia hanya pemegang amanah.

“Kita hanya pemegang amanah dan kita tidak akan kekal dengan harta. Jadi, infak inilah cabang utama yang memberi kedamaian kepada masyarakat.

“Infak juga bukan kepada orang Islam sahaja, bahkan orang bukan Islam kita kena bantu, ada hak kemanusiaan di situ,” kata bekas pensyarah kanan Universiti Malaya itu.

Huraian tersebut dibuat beliau dalam program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang akan membaca satu ayat setiap hari sepanjang sambutan Ramadan.

Majlis bermula hari ini turut dipancar melalui media sosial Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor, anak syarikat Kerajaan Negeri.

Terdahulu, Roslan menjelaskan ayat ketiga surah berkenaan memberi peringatan kepada manusia supaya beriman kepada perkara ghaib, mendirikan solat dan menginfak sebahagian harta.

“Maknanya, Allah ingin memberitahu kita tentang satu perjalanan. Orang beriman sifatnya beriman kepada benda ghaib. Beriman adanya Allah, adanya akhirat, kematian,” katanya.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved