Infantino adakan mesyuarat tergempar di Rabat susulan pengaruh semakin merosot – Laporan

WorldFootball
5 Aug 2026 • 4:09 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Infantino adakan mesyuarat tergempar di Rabat susulan pengaruh semakin merosot – Laporan

Presiden FIFA Gianni Infantino dilapor mengadakan mesyuarat tergempar di Maghribi susulan kontroversi penjualan hak komersial dan bantahan UEFA.

MOSCOW: Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) Gianni Infantino akan mengadakan mesyuarat tergempar di Maghribi pada Rabu susulan pengaruhnya yang semakin merosot dalam badan induk bola sepak dunia itu, lapor Sputnik/RIA NOVOSTI memetik Sky News. 

Pada Julai, FIFA mengumumkan hasrat untuk mengumpul US$4.2 bilion menerusi penjualan kira-kira 20 peratus pegangan dalam sebuah entiti baharu kepada pelabur swasta.

Entiti itu akan menguruskan hak media dan komersial FIFA, termasuk yang berkaitan dengan Piala Dunia.

Pada 30 Julai, Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengumumkan bahawa semua anggotanya akan memboikot kejohanan FIFA sehingga cadangan itu ditarik balik sepenuhnya.

Laporan itu pada Selasa menyatakan bahawa Ketua Pembangunan Bola Sepak Global FIFA Arsène Wenger dan Setiausaha Agung FIFA Mattias Grafström mengkritik projek berkenaan.

Pada 1 Ogos, Infantino mengumumkan bahawa FIFA menggugurkan rancangan menjual sebahagian hak komersialnya susulan kontroversi berkenaan.

Menurut laporan media, projek itu berpotensi meningkatkan gaji tahunan Presiden FIFA daripada €3 juta (US$3.4 juta) kepada €30 juta (US$34.5 juta).

— BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved