Infantino sukar pertahan jawatan

WorldFootball
9 Oct 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Infantino sukar pertahan jawatan

PARIS – Bekas pertahanan Tottenham Hotspur, Ramon Vega muncul individu pertama yang menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), tahun depan.

Sejak bergelar pemain pada 2004, pertahanan tengah berusia 55 tahun itu sudah membabitkan diri dengan bidang kewangan dan ini bukan kali pertama Vega cuba mencabar presiden semasa, Gianni Infantino.

Pada 2022, Vega juga pernah cuba mencabar Infantino, namun gagal mendapatkan sokongan yang mencukupi untuk disenaraikan sebagai calon dalam pemilihan berkenaan.

“Sejak itu, situasi sudah banyak berubah. Saya tampil kerana diri saya sudah bersedia untuk berkhidmat kepada sukan ini.

“Saya yakin saya ada tugas dan tanggungjawab sosial untuk melindungan serta mempertahankan bola sepak, integriti, orang ramai dan masa depan sukan ini,” katanya dalam dokumen ‘tawar diri’ setebal 11 muka surat.

Untuk rekod, Infantino dipilih sebagai presiden bagi menggantikan Sepp Blatter yang dihimpit skandal rasuah pada 2015, namun ketika ini beliau sering dihimpit kontroversi termasuk usahanya menyerahkan hak kepada pihak ketiga untuk mengendalikan kejohanan besar seperti Piala Dunia.

Ketika ini, tekanan semakin memuncak apabila Infantino hilang sokongan daripada ahli gabungan dan terbaharu daripada Persatuan Bola Sepak Switzerland yang menyatakan kebimbangan terhadap ketelusan, akauntabiliti dan tanggungjawab FIFA. – AGENSI

The post Infantino sukar pertahan jawatan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved