Infineon Labur RM25 Bilion Membina Kilang Cip SiC 200mm Terbesar Dunia Di Kulim

TechnologyDigital
4 Aug 2023 • 7:19 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Infineon mengumumkan pelaburan €5 bilion (~RM24.88 bilion) selama lima tahun di Malaysia bagi membina kilang cip 200mm SiC (silikon karbida) Power Fab di Kulim Kedah. Ia akan menjadi kilang cip SiC terbesar dunia apabila pembinaannya siap kelak. Infineon menyasarkan pendapatan €7 bilion setahun akan dicatatkan menerusi pengeluar cip SiC menjelang penghujung dekad.

image is not available

Pelaburan ini mengukuhkan lagi kedudukan Infineon yang telah bertapak di Malaysia sejak lima dekad yang lalu. Teknologi SiC 200mm Power Fab bukan yang paling terkini tetapi ia masih diperlukan dalam industri automotif, industri, solar, penyimpanan tenaga dan pengecasan kuasa tinggi kenderaan elektrik.

Malaysia ialah antara hab pengeluaran cip yang penting di dunia. Pelaksanaan PKP semasa pandemik menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan cip global. Antara pelanggan Infineon ialah Ford, SAIC dan Chery.