Infinix Bakal Hadir Dengan Peranti Gaming Seakan Nothing Phone

TechnologyDigital
17 Jul 2023 • 11:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Nothing Phone (1) adalah peranti kelas pertengahan premium yang paling unik. Ini kerana ia menggunakan rekaan lutsinar di panel belakang dan mempunyai sistem lampu LED Glyph yang menarik. Populariti Phone (1) cukup popular sehinggakan Unihertz hadir dengan Luna sebagai klon pertama di pasaran.

Terbaru adalah Nothing Phone (2) yang merupakan peranti mercu pertama Nothing. Kali ini mereka menggunakan rekaan lebih kurang sama tetapi lampu Glyph menggunakan jalur LED putus-putus. Menurut peniris maklumat Mukul Sharma, Infinix turut akan hadir dengan klon Nothing Phone.

image is not available

Sumber turut menyatakan yang Infinix akan melancarkan siri GT baharu sebagai peranti gaming mampu milik. Berdasarkan rekaan yang dikongsi oleh komuniti tertutup, Infinix GT akan menggunakan panel belakang dengan sistem lampu LED putus-putus seakan Phone (2).

image is not available
Gambar promosi dari GSMArena

Peranti ini dikhabarkan akan dilancarkan pada bulan Ogos akan datang dengan nama Infinix GT 10 Pro. Terdapat dua pilihan warna iaitu hitam dengan aksen jingga dan putih dengan aksen perak. GT 10 Pro warna putih kelihatan lebih dekat dengan Nothing Phone. Sama-sama kita nantikan bulan Ogos ini untuk ketahui adakah sistem LED peranti ini mirip dengan Glyph Interface?