Infinix Genie Badge dilancar, aksesori paparan digital 1.85″ pada harga RM249

TechnologyDigital
11 Sep 2026 • 8:27 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Infinix Genie Badge dilancar, aksesori paparan digital 1.85″ pada harga RM249

Infinix mempunyai pelbagai aksesori yang ditawarkan di Malaysia. Kini, syarikat itu memperluaskan lagi penawaran aksesori dengan memperkenalkan Genie Badge, iaitu paparan digital kompak yang direka untuk mengekspresikan diri dan melengkapkan siri Infinix Note 60.

Melihat kepada rekaannya, Genie Badge ini mengingatkan kepada Oppo Bubble yang telah diperkenalkan sebelum ini. Namun, Genie Badge hadir pada harga yang lebih rendah.

Harga Genie Badge di Malaysia

Infinix Genie Badge kini boleh didapati di Malaysia dengan harga RM249. Pengguna juga boleh mendapatkannya pada harga lebih murah, iaitu RM199, dengan menggunakan baucar di Lazada, Shopee dan TikTok Shop, tertakluk kepada ketersediaan baucar serta terma dan syarat berkenaan.

Selain di platform dalam talian, Genie Badge turut boleh didapati di Infinix Brand Stores di seluruh negara, selagi stok masih ada.’

Sebagai perbandingan, harga ini lebih murah berbanding Oppo Bubble yang dilancarkan pada RM349.

Spesifikasi dan ciri Infinix Genie Bade

Dari segi fungsi utama, Genie Badge dilengkapi skrin sentuh HD berbentuk bulat berukuran 1.85″ yang membolehkan pengguna memaparkan imej statik, GIF animasi atau video, dengan kandungan boleh dimuat naik terus daripada telefon pintar menerusi aplikasi khas.

Ia turut dilengkapi ciri Flash-Sync untuk pemindahan kandungan pantas daripada telefon ke badge, membolehkan paparan disegarkan mengikut keperluan atau perkara berbeza.

Walau bagaimanapun, selain mampu memaparkan kandungan yang dinyatakan, Infinix tidak menyatakan sama ada Genie Badge turut menyokong previu kamera belakang untuk memudahkan pengguna mengambil gambar menggunakan kamera belakang, seperti yang terdapat pada Oppo Bubble. Namun, skrin Oppo Bubble pula sedikit lebih kecil, iaitu 1.7″.

Selain kegunaan sebagai aksesori peribadi, Infinix turut memaklumkan Genie Badge boleh digunakan dalam aktiviti interaktif seperti kejohanan gaming, perhimpunan peminat, aktivasi jenama, cabaran korporat dan acara komuniti lain.

Dari segi reka bentuk, Genie Badge dilengkapi mekanisme magnetik yang membolehkan ia dilekatkan permukaan logam yang serasi. Genie Badge dikuasakan bateri 500mAh, dengan tempoh penggunaan harian sehingga 10 jam dan waktu siaga sehingga 30 hari, berdasarkan ujian makmal dalaman Infinix. Ia boleh dicas menggunakan port USB-C dan terdapat satu butang untuk kawalan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved