Tarikh pelancaran untuk Infinix GT 10 Pro kini dikongsi secara rasmi. Ia dijadualkan berlangsung pada 3 Ogos 2023 dan beberapa perkara penting pada peranti turut didedahkan bersama. Antaranya seperti reka bentuk bercirikan futuristik Cyber Mecha yang menggabungkan panel belakang lutcahaya bersama lampu LED.

Seterusnya peranti juga akan dijana dengan cip MediaTek Dimensity 8050, memori 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 256GB UFS 3.1. Turut disertakan sokongan RAM maya sehingga 8GB RAM yang menjadikan peranti mempunyai sehinga 16GB RAM keseluruhannya untuk lebih banyak aplikasi dilancarkan serentak.

Ia juga hadir dengan ruang wap dan sistem penyejukan terbina yang mampu meningkatkan kapasiti pemindahan haba lebih baik. Seterusnya Infinix 10 Pro juga lengkap dengan sokongan motor linear paksi-Z dengan ciri getaran 4D bagi tujuan pengalaman permua lebih memuaskan. Sistem tri-kamera dengan sensor utama 108MP juga digunakan bersama kebolehan merakam video maksimum 4K.

Panel hadapan pula sejenis AMOLED 6.67-inci yang juga menyokong kedalaman warna 10-bit dan kadar segar semula 120Hz. Pengalaman dikatakan lebih baik apabila skrin juga dikatakan mampu memaparkan paparan sehingga 1.07 billion warna bersama kecerahan puncak 9,000nits.
Tidak ketinggalan pembesar suara stereo turut melengkapi peranti ini. Ia ditala oleh sistem audio DTS dan Hi-res Audio bagi tujuan bunyi lebih imersif. Bukan itu sahaja, Infinix turut menjanjikan pengalaman antaramuka peranti bebas iklan, di samping penggunaan berpanjangan dengan bateri 5,000mAh yang juga menyokong pengecasan 45W.
