Infinix GT 50 Pro yang baru sahaja dilancarkan di India minggu lalu kini disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada 5 Mei 2026. Peranti ini memberi tumpuan kepada pengalaman permua dengan membawa beberapa ciri utama yang menjadikannya lebih menarik dalam kelasnya.

Antara kelebihan utama Infinix GT 50 Pro ialah sistem ‘HydroFlow Liquid Cooling Architecture’ dengan ruang cecair terbesar dalam industri, direka untuk mengawal haba agar prestasi peranti sentiasa stabil. Ia juga menyokong Native 144FPS yang diiklankan mampu memberikan pengalaman paparan lebih lancar dalam permainan popular seperti Mobile Legends: Bang Bang, Free Fire, Call of Duty: Mobile, Bloodstrike, Standoff 2 dan Arena Breakout.

Selain itu, peranti turut dilengkapi dengan Open-Cut Pressure-Sense GT Trigger iaitu sistem butang bahu mekanikal dengan teknologi tekanan dua tahap yang memberikan kawalan lebih responsif. Menariknya, butang bahu ini bukan sahaja berfungsi untuk permua semata tetapi boleh digunakan untuk beberapa fungsi lain termasuk akses pantas kepada Folax AI assistant. Lebih istimewa, Infinix GT 50 Pro turut disahkan sebagai peranti rasmi MPL akan datang.




![Piala Thomas & Uber 2026 [LIVE RTM] Malaysia lwn China](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://ecentral.my/wp-content/uploads/2026/04/piala-thomas-rtm-2026-1024x501.jpg)