Infinix GT30 5G+ telah dilancarkan secara rasmi di India sebagai peranti pertengahan yang memfokuskan kepada pengalaman permua mampu milik. Ia juga masih mengekalkan rekaan ikonik Cyber Mecha 2.0 untuk sentuhan futuristik.

Peranti ini dilengkapi skrin AMOLED 6.78 inci dengan resolusi 1.5K, kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak 4500 nits. Dikuasai oleh cip MediaTek Dimensity 7400, ia hadir dengan 8GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 256GB UFS 2.2.

Peranti turut menjalankan Android 15 berasaskan XOS 15 dengan sokongan kemas kini dua tahun sistem operasi dan tiga tahun keselamatan. Sistem kamera terdiri pula daripada sensor utama 64MP Sony IMX682 + 8MP (ultra-lebar) dan swafoto sebesar 13MP.

Sebagai peranti untuk permua, ia hadir dengan butang bahu fizikal, sistem penyejukan 3D serta sokongan permainan BGMI pada 90FPS. Bahagian belakang menampilkan lampu LED putih yang boleh diubahsuai, di samping bateri 5500mAh dengan pengecasan pantas 45W turut disertakan sebagai pelengkap.
Imbas kembali, Infinix GT 30 Pro telah ditawarkan di Malaysia sejak bulan Mei lalu dengan harga bermula RM1299 seunit. Ia turut sesuai dijadikan pilihan peranti permua mampu milik dalam segmennya namun hadir dengan cip berbeza iaitu Mediatek Dimensity 8350.


