Infinix GT30 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1,299

TechnologyDigital
21 May 2025 • 3:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Infinix telah melancarkan model baharu GT30 Pro di Malaysia. Ia direka bagi memenuhi keperluan pengguna yang mengutamakan prestasi dalam permainan dan penggunaan harian.

image is not available

Infinix GT30 Pro hadir dengan skrin AMOLED 6.78 inci beresolusi 1.5K, kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak mencecah 4500 nits. Skrin ini turut menyokong teknologi HDR10+ untuk paparan lebih jelas dan berkualiti.

image is not available

image is not available

Ia dikuasai oleh cip Mediatek Dimensity 8350 bersama pilihan memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Ia juga masih mempunyai sistem lampu khas untuk menjadikan rupa telefon ini lebih menarik.

image is not available

image is not available

Dari segi fotografi, Infinix GT30 Pro menampilkan kamera utama 108MP dengan sokongan OIS, serta lensa ultra-lebar 8MP. Bagi pengguna yang gemar berswafoto, ia turut dilengkapi kamera hadapan 13MP.

image is not available

Peranti turut hadir dengan bateri berkapasiti 5500mAh, menyokong pengecasan pantas 45W serta pengecasan nirwayar 30W. Ia juga dilengkapi dengan fungsi bypass charging bagi membolehkan pengguna bermain permainan tanpa menyebabkan peranti menjadi panas semasa pengecasan. 

image is not available

GT30 Pro menggunakan XOS 15 yang berasaskan Android 15 yang lengkap dengan fungsi AI untuk pengalaman penggunaan yang lebih pintar. Selain itu, ia dilengkapi dengan pembesar suara stereo untuk audio yang lebih imersif, pengimbas cap jari dalam skrin serta butang khas GT Trigger untuk permainan bagi memberikan kawalan lebih responsif.

image is not available

Harga Infinix GT30 Pro di Malaysia bermula dari RM1299 untuk varian 12GB/256GB, manakala varian 12/512GB dijual pada RM1,499.