Infinix HOT 50i Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga Bermula RM399

TechnologyDigital
27 Sep 2024 • 12:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Infinix HOT 50i turut ditawarkan secara rasmi di Malaysia dengan dua pilihan varian yang berbeza. Ia terdiri dengan Hot 5i (4GB/128GB) yang berharga RM399 diikuti pula varian lebih besar 4GB/256GB pada RM469 sebuah. Ketersedian adalah bermula sekarang dengan pembelian melalui pengedar sah Infinix Malaysia sama ada secara dalam atau luar talian.

image is not available

Infinix HOT 50i menggunakan skrin LCD sebesar 6.7″ beresolusi HD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ia juga dijana dengan cip MediaTek Helio G81, memori 4GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Selain turut menyediakan sokongan kad mikroSD yang boleh dikembangkan mencapai 2TB.

image is not available

Infinix melengkapkan lagi peranti dengan kamera utama 48MP dan swafoto sebesar 8MP. Diikuti juga bateri berkapasiti 5000mAh yang menyokong sistem pengecasan 18W. Terdapat juga ciri Dynamic Bar yang berfungsi sama seperti Dynamic Island pada peranti iPhone untuk paparan maklumat yang berkaitan panggilan masuk, rakaman suara, sistem pengecasan dan imbasan wajah.

Lain-lain spesifikasi termasuk port USB-C, bicu audio 3.5mm, NFC, kalis air IP54, pengimbas cap jari sisi dan menjalankan XOS 14.5 berasaskan Android 14. Pilihan warna pula terdiri dengan Sleek Black, Titanium Grey dan Sage Green.