Infinix INBook X1 Neo Dilancarkan Dengan Skrin 14″ Dan CPU Intel Celeron

TechnologyDigital
18 Jul 2022 • 4:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Infinix mula memasuki pasaran komputer riba menerusi siri InBook X1 yang dilancarkan sekitar tahun 2021. Ia kemudiannya hadir dengan InBook X1 Slim yang merupakan sebuah InBOOK X2 yang dijenamakan semula. Terbaru, variasi terkini untuk komputer riba Infinix iaitu INBook X1 Neo telah diumumkan dengan harga jualan INR24,999 (~RM1,393) (8GB/256GB).

image is not available

Infinix INBook X1 Neo merupakan sebuah komputer riba dengan skrin sebesar 14-inci IPS FHD dengan sokongan gamut warna sRGB 100% dan kecerahan 300nits. Turut melengkapinya adalah cip empat teras Intel Celeron N5100 dengan memori 8GB RAM dan storan 256GB NVMe PCle 3.0 SSD. Bateri 50Whr dengan sistem pengecasan 45W turut disertakan dengan sambungan sejenis USB-C.

image is not available

Untuk pilihan I/O, ia dilengkapi 1 X HDMI, 2 x USB Type-A, 2 x USB Type-C, 1x SD card slot dan bicu audio 3.5mm. Lain-lain spesifikasi yang menyokong termasuklah sistem kamera web dengan dwi-lampu terbina, menjalankan Windows 11, pembesar suara dengan talaan DTS dan sebagainya.