Infinix Malaysia kini ada 28 pusat khidmat berdaftar di seluruh negara

Digital
26 Jan 2023 • 1:30 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Salah satu perkara penting yang patut pengguna lihat semasa membeli peranti, adalah sokongan selepas jualan. Terutama sekali pusat khidmat pelanggan, jika ada masalah terhadap peranti yang dibeli dalam tempoh jaminan.

Infinix Malaysia kini mengumumkan bahawa mereka memiliki 28 pusat khidmat berdaftar di seluruh negara, meliputi Malaysia Timur dan Malaysia Barat. Ia akan menyediakan perkhidmatan selepas jualan berkualiti tinggi untuk meningkatkan keyakinan pengguna terhadap jenama Infinix.

Berikut adalah senarai pusat khidmat berdaftar Infinix di Malaysia:

Tahun 2022 adalah tahun yang menarik buat Infinix kerana mereka melancarkan banyak model peranti di Malaysia. Malah, kebanyakan telefon pintar mereka menawarkan prestasi tinggi pada harga yang lebih mampu milik. Memberi persaingan sengit kepada jenama seperti Redmi dan Realme.

Selain melancarkan telefon pintar tahun lepas seperti Zero X Pro, Note 12 dan Hot 20, Infinix juga ada membawa barisan laptop mereka ke Malaysia. Tahun 2024 dijangka akan menjadi lebih hebat kerana Infinix akan menyambut ulangtahun mereka ke-10.

Bacaan Berkaitan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved