Infinix Note 12 2023: Maklumat penjualannya di Malaysia

Digital
5 Oct 2022 • 1:58 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Infinix mungkin satu jenama yang kurang terkenal dalam pasaran Malaysia, tapi mereka sudah bertapak di Malaysia sejak 2017 lagi. Berita terbaharu daripada mereka adalah tentang satu telefon baharu yang bernama Infinix Note 12 2023. Ini adalah iterasi ketiga siri Note 12. Sebelum Note 12 2023, kita ada Note 12 G88 dan kemudian Note 12 G96.

image is not available

Harga Infinix Note 12 2023 di Malaysia

Di Malaysia Infinix Note 12 2023 dijual pada tanda harga RM799. Satu varian ditawarkan iaitu RAM 8GB dan storan 128GB.

image is not available

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkannya, jangan lepaskan peluang untuk berolehnya pada harga diskaun iaitu RM699 pada hari pertama jualannya iaitu 7 Oktober 2022. Promosi hanya berlangsung di gedung dalam talian Infinix Shopee.

Ada lagi promo lain berlangsung selari dengan diskaun tadi. Infinix telah menyediakan 125,000 diamond untuk diedkarkan dalam permainan Mobile Legends: Bang Bang.

Promo tersebut berlangsung antara 7 Oktober hingga 21 Oktober 2022. Untuk menyertainya mudah sahaja, anda cuma perlu:

  1. Aambil gambar telefon Infinix Note 12 2023 beserta resit pembelian sebagai bukti
  2. DM gambar itu ke Facebook dan Instagram.
  3. Follow Instagram @infinixmobilemalaysia
  4. Pemenang akan dihubingi melalui DM

Spesifikasi Infinix Note 12 2023

Infinix Note 12 2023 adalah sebuah telefon yang ada paparan sebesar 6.7". Pada harga RM799, anda terima paparan AMOLED yang jarang-jarang ditemukan dalam kelas harga tersebut.

image is not available

Terdapat takuk berbentuk "U" di dahi telefon ini untuk menempatkan kamera selfie 16MP. Lagi tentang kamera, untuk sistem pengimejan belakang, katanya ada tiga buah kamera. Namun, hanya satu kamera sahaja ygn menangkap gambar iaitu 50MP. Dua lagi adalak kamera sokongan iaitu untuk bokeh dan satu lagi katanya kamera AI.

image is not available

Infinix Note 12 2023 mendukung slogan "Anti Lag-Lag Club". Mungkin ia mempamerkan keyakinan Infinix ke atas produk mereka kali ini. Atas papan utama, Infinix Note 12 2023 dilengkapi SoC Mediatek Helio G99 daripada kategori 6nm. Infinix memposisikan telefon ini sebagai sebuah telefon gaming.

image is not available

Pengeluarnya membandingkan cip itu dengan Snapdragon 680 sebagai pesaingnya. Untuk perspektif, antara telefon yang menggunakan cip ini adalah Realme 9, Realme 9i, Redmi 10C, Poco M5, dan Vivo T1x.

Bersama-sama dengan SoC itu, Infinix menggandingkannya pula dengan RAM 8GB dan storan 128GB. Ada fungsi peluasan RAM yang boleh menarik sedikit storan untuk dijadikan RAM maya. Makanya, anda berolah RAM 8GB dan tambahan 5GB.

image is not available

Telefon Note 12 2023 mengambil tenaga daripada tangki bateri berkapasiti 5,000mAh dan ia boleh dicas pantas menggunakan blok pengecas 33W yang disediakan di dalam kotak.

Lain-lain perkara yang menarik dengan telefon ini adalah ia ada speaker stereo yang menyokong teknologi Hi-Res dan DTS. Masih tentang audio, ia turut menyediakan jek audio 3.5mm untuk pengguna padankannya dengan set audio berkabel kegemaran.

image is not available

Tidak dilupakan juga, Infinix Note 12 2023 menyokong NFC. Hal ini bermakna, ia adalah antara telefon termurah dalam pasaran yang ada sensor NFC. Hal itu bermakna, anda boleh tambah nilai kad Enhanced TNG anda tanpa masalah.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut