Infinix Note 30 Dan Note 30 Pro Kini Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM699

TechnologyDigital
24 May 2023 • 5:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Infinix hari ini melancarkan dua peranti baharu di bawah siri Note untuk pasaran Malaysia. Ianya terdiri dengan Infinix Note 30 yang dijual pada RM699, sementara itu Infinix Note 30 Pro pula boleh didapati pada RM899.

image is not available

image is not available

Bagi yang berminat, ketersediannya bermula 25 Mei 2023 menerusi pengedar sah rasmi Infinix seluruh Malaysia di Lazada dan Shopee.

image is not available

Infinix Note 30 Pro dilengkapi dengan skrin 6.67-inci AMOLED FHD+ yang juga menyokong kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan juga dengan cip MediaTek Helio G99, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Kapasiti bateri pula sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan 68W secara berwayar dan 15W secara nirwayar.

image is not available

image is not available

image is not available

Selanjutnya peranti juga mempunyai kamera utama 108MP + 2MP (kedalaman) + lensa AI, di samping turut memuatkan kamera swafoto 32MP di hadapan. Pembesar suara pula sejenis stereo dengan sistem audio JBL dan juga bicu audio 3.5mm disertakan.

image is not available

Seterusnya Infinix Note 30 menggunakan skrin lebih besar 6.78-inci IPS LCD FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Cip MediaTek Helio G99 turut digunakan sebagai tunjang utama dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

image is not available

image is not available

Perbezaan turut boleh dilihat menerusi sistem kamera utama yang memuatkan 64MP (utama) + 2MP (kedalaman) + lensa AI dan kamera swafoto 16MP. Kapasiti bateri dikekalkan pada 5,000mAh namun pengecasan sekadar 45W tanpa kebolehan mengecas secara nirwayar. Peranti juga menyokong pembesar suara stereo dengan audio JBL dan bicu audio 3.5mm disertakan.