Infinix Note 30 sah dilancar pada 24 Mei, telefon dengan pengecas wayarles dan speaker JBL termurah

Digital
18 May 2023 • 7:08 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Infinix Malaysia kini mengesahkan tarikh pelancaran telefon pintar siri Note 30 mereka. Ia bakal menggantikan tempat siri Note 12 2023 yang dilancar akhir tahun lepas.

Pelancaran siri Note 30 akan diadakan pada hari Rabu, 24 Mei 2023. Pastinya peminat akan turut boleh menyaksikan majlis tersebut secara atas talian, menerusi Facebook Infinix Malaysia.

image is not available

Dalam majlis yang sama, Infinix turut akan mengumumkan kerjasama mereka dengan permainan popular, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) sebagai penaja telefon pintar untuk acara pertandingan Moonton Student Leader (MSL) Championship 2023 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Menariknya, Infinix Malaysia telah berkongsi beberapa ciri-ciri penting yang akan ada pada model terbaik, Note 30 Pro. Ia akan mengekalkan prestasi sama seperti Note 12 2023 dengan penggunaan cip MediaTek Helio G99 6nm, menandakan masih tiada sokongan 5G.

Tetapi banyak naik taraf dikenakan di bahagian lain, antaranya sokongan pengecasan pantas All Round FastCharge 68W yang mampu mengecas 0-80% dalam 30 minit. Selain itu, Infinix juga menyatakan Note 30 Pro akan menjadi telefon pintar paling murah dengan sokongan pengecas wayarles 15W.

image is not available

Di samping itu, Infinix telah mengumumkan kerjasama mereka dengan pakar audio antarabangsa, JBL dalam penghasilan speaker stereo di Note 30 Pro. Pada skrin, ia menggunakan paparan AMOLED berukuran 6.67-inci.

Bagi Note 30 pula, ia menampilkan bateri 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 45W. Storannya seluas 256GB bersama RAM 8GB, yang mampu diluaskan menjadi 16GB melalui fungsi RAM Maya.

Tahun lepas, Note 12 2023 dilancarkan pada harga RM799 bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Adakah Note 30 Pro bakal dikenakan harga melebihi RM1,000 memandangkan ia memiliki pengecasan wayarles dan speaker stereo JBL? Nantikan pengumuman lanjut daripada kami tentang siri Note 30 kelak.

Bacaan Berkaitan