Infinix Note 40 Pro 5G Dan Note 40 4G Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM898

TechnologyDigital
19 Mar 2024 • 8:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri Infinix Note 40 telah dilancarkan secara global semalam dan hanya dua daripadanya yang memasuki pasaran Malaysia. Peranti tersebut ialah Infinix Note 40 4G yang dijual pada RM898 (8/256GB), sementara itu Note 40 Pro 5G pula berharga RM1,098 (8/256GB). Sesi pratempah kini dibuka dengan pemberian hadiah bernilai RM69 yang berupa Magpower dan Magcase (sementara stok masih ada).

image is not available

Untuk spesifikasi, Infinix Note 40 Pro 5G menampilkan skrin AMOLED 6.78-inci FHD+ berkadar segar semula 120Hz. Ia turut dijana cip MediaTek Dimensity 7020 dengan memori 8GB RAM dan storan 256GB. Tetapan kamera pula terdiri dengan 108MP (OIS) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro) untuk utama dan swafoto sebesar 32MP. Bateri 5,000mAh dengan pengecasan berwayar 45W dan nirwayar 20W juga digunakan sebagai pelengkap.

image is not available

Seterusnya, Infinix Note 40 4G juga menggunakan skrin AMOLED 6.78-inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ini digabungkan pula cip MediaTek Helio G99 Ultimate dengan memori 8GB RAM dan storan 256GB. Bateri 5,000mAh disertakan boleh dicas melalui pengecasan berwayar 45W dan nirwayar 20W. Bukan itu sahaja, kamera utama 108MP dan swafoto 32MP juga digunakan sebagai pelengkap.

image is not available

Kedua-dua peranti juga didatangkan dengan mempunyai pembesar suara JBL, NFC, pemancar merah dan kalis air IP53/54. Kemudian, sistem operasi pula adalah Android 14 berasaskan XOS 14.