Infinix Note 40 Series 5G Racing Edition diacah bersempena Pelancarannya pada 19 Jun ini

Technology
18 Jun 2024 • 6:00 PM MYT
Harian Teknologi
Harian Teknologi

Berita Teknologi Terkini di Malaysia dan Dunia

image is not available
Imej daripada Harian Teknologi / Infinix

Siri Infinix Note 40 hadir dengan pelbagai ragamnya dengan tiga daripada lima variannya ditawarkan kepada pengguna-penggunanya di pasaran tempatan. Kini, terdapat satu lagi varian daripada siri ini yang akan diperkenalkan di Malaysia melalui Infinix Note 40 Series 5G Racing Edition.

Tidak banyak maklumat terperinci berkenaan varian Racing Edition ini dinyatakan oleh pihak syarikat setakat ini. Namun, memandangkan ia telah pun diumumkan di pasaran-pasaran lain, kebanyakan maklumat mengenainya sudah pun diketahui dan berdasarkan laporan oleh GSMArena, ia mempunyai spesifikasi yang sama dengan Infinix Note 40.

Image from: Infinix Note 40 Series 5G Racing Edition diacah bersempena Pelancarannya pada 19 Jun ini
Imej daripada Harian Teknologi / Infinix

Seperti biasa, selaku telefon pintar edisi khas, Infinix Note 40 Series 5G Racing Edition hadir dengan rekaan permukaan belakang yang lebih cantik melalui dengan apa yang dinamakan sebagai rekaan “Wings of Speed”. Terdapat satu jalur kecil berwarna biru, hitam dan merah yang melambangkan BMW Motorsport pada bonggol kameranya bersama-sama kemasan warna perak metalik.

Menerusi kenyataan media yang dihantar kepada media-media tempatan, pihak Infinix Malaysia turut menyatakan elemen antaramukanya (UI) diinspirasikan dari litar perlumbaan. Justeru, dijangkakan terdapat beberapa perubahan pada perisiannya kelak.

Image from: Infinix Note 40 Series 5G Racing Edition diacah bersempena Pelancarannya pada 19 Jun ini
Imej daripada Harian Teknologi / Infinix

Menurut kenyataan media tersebut lagi, Infinix Note 40 Series 5G Racing Edition akan dilancarkan di Malaysia pada 19 Jun 2024. Buat masa ini tidak dapat dipastikan jika kelima-lima model daripada siri tersebut akan hadir dengan edisi khas atau sekadar tiga model sedia ada sahaja.

Infinix telah melancarkan siri Note 40 di Malaysia, menawarkan dua model utama: Infinix Note 40 dan Infinix Note 40 Pro 5G. Model ini direka untuk memenuhi keperluan pengguna dengan ciri-ciri menarik dan harga yang kompetitif.

Infinix Note 40 Pro 5G dilengkapi dengan paparan AMOLED 6.78 inci yang melengkung, resolusi 2436 x 1080, dan kadar segar semula 120Hz. Ia dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 7020, memori 8GB RAM, dan storan 256GB. Telefon ini juga menampilkan sistem tiga kamera belakang dengan sensor utama 108MP, dua sensor 2MP, serta kamera selfie 32MP. Ia dilengkapi bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W​.

Sementara itu, Infinix Note 40 menawarkan spesifikasi yang sedikit lebih rendah tetapi masih menarik. Ia menggunakan cip MediaTek Helio G99 Ultimate, paparan AMOLED 6.78 inci dengan resolusi yang sama, dan kadar segar semula 120Hz. Kamera utamanya juga 108MP dengan kamera selfie 32MP. Baterinya juga berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 45W​

Sumber dari Harian Teknologi


Harian Teknologi adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.